Monday, September 6, 2010

"Duhai Teman"

Ukhtiku...
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian,

Ukhtiku...
Aku bangga mendengar tangisanmukerana pengorbanan,
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan,

Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran,
Dari hidup dalam kesesatan,
Kerana Jangan lupa ukhtiku...
Muliamu bukan pada pangkat dan harta ,
Tapi kerana ISLAM...

"Perempuan SUCI"

"Perempuan yang SUCI adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH, tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...
Kerana ALLAH teramat mencintainya...
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, Dimana ALLAH untuk menjaga kita???
ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita...
Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA.
Mengapa masih ragu2???  "Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari" ... Hargailah di atas kesempatan yang ALLAH berikan ...
"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdoa melakukannya" - Imam Ghazali...