Tuesday, February 1, 2011

'Trips To Malacca'...Mengembara Sambil Bermusafir,..

30/1/2011 (Ahad)

Pagi yang cerah selepas kepenatan berprogram selama 2 hari di kampus ku masih terasa.. Petang semalam, tamatnya program ONE-AIM, anjuran biro..senior ku mengajak aku dengan sahabat ku untuk pergi membeli-belah di Batu Pahat. Dek kerana teruja kami bersama sahabat Sarawak yang lain..kan ku gagahi diri ini walau kepenatan berprogram untuk membeli belah bersama mereka.. Kerinduan ku pada keluarga serta bumi Sarawak kurang teraasa kerana tika itu di sekeliling ku adalah teman Sarawak... Pagi Ahad itu, aku bertanya dengan sahabat ku tentang perancangan nak ke Melaka pada pagi itu.."Nad, jadi sik pegi Melaka tek?"tanyaku padanya. "Jadi..., jawab Nad. Alhamdulillah, betapa gembira hatiku..hehe..

Pagi itu memang cerah, tak dijangka akan hujan...Selepas berkemas diri untuk ke Melaka..hujan turun agak lebat juga semasa kami menuggu bas di hadapan kampus..Nad bertanya padaku,"Tetap maok pegi?"..Aku serba bersalah menjawab pertanyaan itu..hendak tak hendak saja...Aku hanya diam membisu tanpa menjawab pertanyaan sahabatku itu..Lalu kujawab padanya,"Kamek sik berani nak madah apa, redha jak apa haluan kita tok,".

Sesampainya kami di terminal bas Batu Pahat, kami membeli tiket RM9 untuk ke Melaka pada jam 11.45 pagi...Inilah kali pertama aku berada di luar kampus yang sebenar-benarnya dunia luar... Sebelum ini, hanya pergi ke pusat kompleks membeli belah saja, Terkejutnya aku, bila di terminal itu, kerenah orang yang pelbagai..kira-kira hendak mengejar masa..semuanya mesti segera dilakukan..




Jam 2 petang, tibanya kami di Melaka Bandar Bersejarah,.. kawan sekelas Nad akan mengambil kami..Petang itu, kami duduk berehat sahaja di rumah kawan sekelas Nad.. Bermalam di rumahnya untuk satu malam saja.. dek hujan petang itu, program hendak mengenbara di Melaka ditunda pada esok paginya..

31/1/2011 (Isnin)

Jam 10 pagi, kami bergerak ke bandar Melaka..Antara tempat-tempat yang kami sempat lawati adalah ;

Masjid Selat Melaka



Masjid Selat, Melaka, yang dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia. Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah. Daripada jumlag RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta. Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa. Ia mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006. Jika diteliti, seni bina dan kedudukan Masjid Selat, Melaka, amat menarik. 


Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, masjid berkenaan begitu mirip sebuah masjid terapung yang terdapat di bandar Jeddah, Arab Saudi. Kubah Besar Masjid Selat yang mampu dilihat jelas dari jarak jauh dengan warna biru keemasan yang bergabung dengan birunya air laut, mencetuskan satu lagi fenomena perpaduan yang menjadi tunggak Melaka Bersejarah. Ini kerana ada rekod sejarah yang mengatakan walaupun bangsa-bangsanya terdiri dari Melayu, Cina yang digelar Baba dan Nyonya sehinggalah India dikenali sebagai Jawi Peranakan atau Chettiar, itulah uniknya Melaka, mereka kesemuanya bersatu atas nama Islam.


Perkampungan Portugis
(Portuguese Settlement) di Melaka

Perkampungan Portugis atau Portuguese Settlement, terletak lebih kurang 5 Km di kawasan Ujong Pasir,Melaka. Pengunjung yang datang daripada Pusat Bandar Melaka, Banda Hilir, atau Muara Sungai Melaka melalui Jalan Parameswara, Jalan Bukit China, sampailah di Jalan Ujong Pasir dengan menaiki kereta, basikal atau beca.

Perkampungan ini terletak ditepi pantai. Pantainyalandai dan menjadi tempat hidupan marin sebagai kerang, udang dan ikan mengikut musim. Keadaan geografi ini telah menarik kaum ini menetap di sini dan telah menjadikan laut sebagai sumber pendapatan mereka. Masyarakat Portugis mula-mula datang ke sini di sekitar tahun 1511 selepas pihak Portugis menawan Melaka. 

Perkampungan ini mempunyai lebih kurang 2000 penduduk sekarang berbangsa portugis dan ramai memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri Melaka telah mengeluarkan geran tapak kepada penduduk di sini. Aktiviti sosial mereka adalah pada hari Ahad di sekitar Gereja. Hampir keseluruhan kaum ini beragama Kristian dan terdapat beberapa keluarga yang telah kahwin campur dengan kaum Cina dan memeluk agama Buddha. Ada yang telah masuk Islam dan berkahwin dengan wantia Melayu.

Terdapat juga Canossa College, sekarang digelar Sek.Men. Canoss. Nama-nama orang portugis di sini adalah seperti Diogo Lopes de Squeira, Vasco de Gama, Alfonso de Albuquerque, Bairro Irmas Cnossianas, Castello de Paiva, Antonio de Almedida, Caminho de Letores, Gerard de Fernandis dan sebagainya kebanyakan nama mirip Latin Amerika. Pada asal mereka adalah nelayan bergantung pada laut untuk mencari rezeki. Ramai anak-cucu mereka tidak lagi jejak langkah nenek moyang mereka membuat kerja nelayan, tetapi telah berpelajaran tinggi dan memegang jawatan di sektor swasta dan pejabat kerajaan. Timbalan Pendakwa Raya Melaka, Tuan Anselm Charles Fernandis adalah portugis berasala dari sini. Perkampungan mereka telah menjadi tarikan pelancong kerana mereka mempunyai kebudayaan tersendiri dengan lagu dan tarian mereka. Mereka juga mempunyai bahasa sendiri, Christang (Christ Tongue) dan baju tradisional sendiri. Lagu Jingli Nona yang terkenal adalah dalam bahasa postugis Memandangkan sumbangan mereka kepada pembangunan industri pelancongan, masyarakat Portugis telah dibenarkan membeli Amanah Saham Nasional oleh Kerajaan Pusat.

Ketua Kampung mereka di gelar REGEDOR, wakil komuniti kepada Kerajaan MelakaDi sebelah pejabat Regedor terdapat Medan Portugis(Praca Portuguesa) , yang mempunyai kedai-kedai yang menjual cenderahati dan kraftangan buatan kaum nelayan. Masih ramai lagi yang meneruskan aktiviti menangkap ikan sebagai hobi atau untuk menambahkan pendapatan.





"Kota A Famosa"



Selepas penawanan Portugis

A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Penaklukan oleh Belanda
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".


Muzium Samudera

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugisberukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman KolonialPortugisBelandaInggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

Selepas setengah hari mengembara di bumi Melaka, kami pun balik ke rumah kawan kami untuk bersiap kerana petang itu kami akan balik ke Parit Raja..Alhamdulillah,...