Tuesday, March 8, 2011
Wednesday, March 2, 2011
"UKHUWAH KITA SEBIRU HARI INI"
sebiru hari ini
birunya bagai langit terang benderang
sebiru hari kita bersama disini
seindah hari ini
indahnya bak permadani taman surga
seindah hati kita walau kita kan berpisah
bukankah hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan ilahi
pegang erat tangan kita terakhir kalinya
hapus air mata meski kita kan berpisah
selamat jalan teman
tetaplah berjuang
semoga kita bertemu kembali
kenang masa indah kita sebiru hari ini
Tuesday, February 1, 2011
'Trips To Malacca'...Mengembara Sambil Bermusafir,..
30/1/2011 (Ahad)
Pagi yang cerah selepas kepenatan berprogram selama 2 hari di kampus ku masih terasa.. Petang semalam, tamatnya program ONE-AIM, anjuran biro..senior ku mengajak aku dengan sahabat ku untuk pergi membeli-belah di Batu Pahat. Dek kerana teruja kami bersama sahabat Sarawak yang lain..kan ku gagahi diri ini walau kepenatan berprogram untuk membeli belah bersama mereka.. Kerinduan ku pada keluarga serta bumi Sarawak kurang teraasa kerana tika itu di sekeliling ku adalah teman Sarawak... Pagi Ahad itu, aku bertanya dengan sahabat ku tentang perancangan nak ke Melaka pada pagi itu.."Nad, jadi sik pegi Melaka tek?"tanyaku padanya. "Jadi..., jawab Nad. Alhamdulillah, betapa gembira hatiku..hehe..
Pagi itu memang cerah, tak dijangka akan hujan...Selepas berkemas diri untuk ke Melaka..hujan turun agak lebat juga semasa kami menuggu bas di hadapan kampus..Nad bertanya padaku,"Tetap maok pegi?"..Aku serba bersalah menjawab pertanyaan itu..hendak tak hendak saja...Aku hanya diam membisu tanpa menjawab pertanyaan sahabatku itu..Lalu kujawab padanya,"Kamek sik berani nak madah apa, redha jak apa haluan kita tok,".
Sesampainya kami di terminal bas Batu Pahat, kami membeli tiket RM9 untuk ke Melaka pada jam 11.45 pagi...Inilah kali pertama aku berada di luar kampus yang sebenar-benarnya dunia luar... Sebelum ini, hanya pergi ke pusat kompleks membeli belah saja, Terkejutnya aku, bila di terminal itu, kerenah orang yang pelbagai..kira-kira hendak mengejar masa..semuanya mesti segera dilakukan..
Jam 2 petang, tibanya kami di Melaka Bandar Bersejarah,.. kawan sekelas Nad akan mengambil kami..Petang itu, kami duduk berehat sahaja di rumah kawan sekelas Nad.. Bermalam di rumahnya untuk satu malam saja.. dek hujan petang itu, program hendak mengenbara di Melaka ditunda pada esok paginya..
31/1/2011 (Isnin)
Jam 10 pagi, kami bergerak ke bandar Melaka..Antara tempat-tempat yang kami sempat lawati adalah ;
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat, Melaka, yang dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia. Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah. Daripada jumlag RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta. Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa. Ia mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006. Jika diteliti, seni bina dan kedudukan Masjid Selat, Melaka, amat menarik.
Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, masjid berkenaan begitu mirip sebuah masjid terapung yang terdapat di bandar Jeddah, Arab Saudi. Kubah Besar Masjid Selat yang mampu dilihat jelas dari jarak jauh dengan warna biru keemasan yang bergabung dengan birunya air laut, mencetuskan satu lagi fenomena perpaduan yang menjadi tunggak Melaka Bersejarah. Ini kerana ada rekod sejarah yang mengatakan walaupun bangsa-bangsanya terdiri dari Melayu, Cina yang digelar Baba dan Nyonya sehinggalah India dikenali sebagai Jawi Peranakan atau Chettiar, itulah uniknya Melaka, mereka kesemuanya bersatu atas nama Islam.

Perkampungan Portugis
Perkampungan Portugis atau Portuguese Settlement, terletak lebih kurang 5 Km di kawasan Ujong Pasir,Melaka. Pengunjung yang datang daripada Pusat Bandar Melaka, Banda Hilir, atau Muara Sungai Melaka melalui Jalan Parameswara, Jalan Bukit China, sampailah di Jalan Ujong Pasir dengan menaiki kereta, basikal atau beca.
Perkampungan ini terletak ditepi pantai. Pantainyalandai dan menjadi tempat hidupan marin sebagai kerang, udang dan ikan mengikut musim. Keadaan geografi ini telah menarik kaum ini menetap di sini dan telah menjadikan laut sebagai sumber pendapatan mereka. Masyarakat Portugis mula-mula datang ke sini di sekitar tahun 1511 selepas pihak Portugis menawan Melaka.
Perkampungan ini mempunyai lebih kurang 2000 penduduk sekarang berbangsa portugis dan ramai memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri Melaka telah mengeluarkan geran tapak kepada penduduk di sini. Aktiviti sosial mereka adalah pada hari Ahad di sekitar Gereja. Hampir keseluruhan kaum ini beragama Kristian dan terdapat beberapa keluarga yang telah kahwin campur dengan kaum Cina dan memeluk agama Buddha. Ada yang telah masuk Islam dan berkahwin dengan wantia Melayu.
Terdapat juga Canossa College, sekarang digelar Sek.Men. Canoss. Nama-nama orang portugis di sini adalah seperti Diogo Lopes de Squeira, Vasco de Gama, Alfonso de Albuquerque, Bairro Irmas Cnossianas, Castello de Paiva, Antonio de Almedida, Caminho de Letores, Gerard de Fernandis dan sebagainya kebanyakan nama mirip Latin Amerika. Pada asal mereka adalah nelayan bergantung pada laut untuk mencari rezeki. Ramai anak-cucu mereka tidak lagi jejak langkah nenek moyang mereka membuat kerja nelayan, tetapi telah berpelajaran tinggi dan memegang jawatan di sektor swasta dan pejabat kerajaan. Timbalan Pendakwa Raya Melaka, Tuan Anselm Charles Fernandis adalah portugis berasala dari sini. Perkampungan mereka telah menjadi tarikan pelancong kerana mereka mempunyai kebudayaan tersendiri dengan lagu dan tarian mereka. Mereka juga mempunyai bahasa sendiri, Christang (Christ Tongue) dan baju tradisional sendiri. Lagu Jingli Nona yang terkenal adalah dalam bahasa postugis Memandangkan sumbangan mereka kepada pembangunan industri pelancongan, masyarakat Portugis telah dibenarkan membeli Amanah Saham Nasional oleh Kerajaan Pusat.
Ketua Kampung mereka di gelar REGEDOR, wakil komuniti kepada Kerajaan MelakaDi sebelah pejabat Regedor terdapat Medan Portugis(Praca Portuguesa) , yang mempunyai kedai-kedai yang menjual cenderahati dan kraftangan buatan kaum nelayan. Masih ramai lagi yang meneruskan aktiviti menangkap ikan sebagai hobi atau untuk menambahkan pendapatan.
"Kota A Famosa"
Selepas penawanan Portugis
A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Penaklukan oleh Belanda
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
Muzium Samudera
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugisberukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman KolonialPortugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.
Selepas setengah hari mengembara di bumi Melaka, kami pun balik ke rumah kawan kami untuk bersiap kerana petang itu kami akan balik ke Parit Raja..Alhamdulillah,...
Monday, January 10, 2011
'INsPiRaSi Si KecHiL BeRnAmA SeMuT'
Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian ? mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?
Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan [I]confirm[/I] berasap? kenapa ya?
Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.
Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.
Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.
kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.
SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)
Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.
Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.
Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."
Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."
Hebatkan si kecil bernama semut?

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.
Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.
Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.
Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.

'Aku Rindu Kamu'
...MisZ Mi@ F@MiLiA...
Pak...Mak...Rindu kitak,
Anak mu jauh di perantauan ini...
Mendambakan kasih seorang ayah,
Mengasihi belaian kasih seorang ibu,
Merindukan telatah adik-adik di rumah,
Yang mewarnai seri rumahtangga ayah ibuku...
Kudambakan prihatinnya kasih seorang kakak kepada adiknya...
Kelak,
Akan ku pikul tanggungjawab itu dengan amanah...
Serta penuh kesabaran...
Kini,
Disini..
Di bumi perantauan...
Aku sedang mempersiapkan diri sepenuh jiwa,
Pergi merantau di negeri orang...
Mencari mardhatillah,
Mentarbiyyah diri,
Mendambakan kasih seorang Pencipta,
Walau dimana pun ku berada,
Itu adalah percaturan yang Sang Pencipta telah aturkan...
Yang perlu ku mencari hikmahnya...
-kak long-
"EnGkAu TemPatKu BeRsAnDaR"
Terkadang aku rapuh,
Menyerah atas asaku,
Terkadang aku takut mencuba,
Kerana tidak siap untuk kalah.
Dalam sudutku dunia begitu keras,
Dalam pandangku dunia begitu luas,
Fatamorgananya tanpa batas,
Memupus semangat,
menenggelamkan tanpa bekas.
Ku terdiam ditengah keramaian,
Ku berjalan di tengah kecepatan,
Ku berlari di tengah mesin-mesin kehidupan,
Tidak cukup saku untuk sebuah perubahan.
Benarkah demikian?
Ataukah sekadar angan-angan,
Menyerah sebelum berperang,
Mematikan asa sebelum berjuang.
Terlalu baik untukku,
Namun tidak untukMu
Terlalu Wah untukku,
Namun tidak untukMu.
FirmanMu referensi motivasiku,
Sabda NabiMu jalan bimbinganku,
Untuk terus maju dan melangkah,
Menuju ke arah redhaMu.
BagiMu semua kecil,
BagiMu semua mudah,
BagiMu semua boleh,
Hanya kepadaMu aku berusaha dan berdoa.
Meski tertatih,
Ku memantapkan diri,
Meski letih,
Ku tegakkan jiwa dan raga ini.
Kerana ku yakin,
Engkau Maha Melihat,
Engkau Maha Mendengar,
Engkau Maha Mengabulkan,
Tidak sekadar yang aku inginkan.
Alhamdulillah syukur ku ucapkan,
Bismillah daya upaya ku gerakkan,
Ya Aliimu Yaa Khobir Yaa Fattahu Ya Qodir,
Anta a'lamu bi sirri wal a'alamiin.
**PadaMu KuBerserah**

Saturday, November 20, 2010
"TiP$ PenJaGaaN MuK@"
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah at least 5 kali sehari dengan air wudhu. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.
Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku. (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan persahabatan yg ikhlas. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi
Jadikan ianya amalan kita..."Sampaikanlah pesan ku walau sepotong ayat"..

Subscribe to:
Posts (Atom)