KuDamba Redha-Mu
Wednesday, January 18, 2012
Monday, January 9, 2012
Thursday, November 10, 2011
"Sebarkan Cinta-Mu"
'Sebarkan Cinta-Mu' karangan Fatimah Syarha
Sebuah Novel Tauhid |
" Dunia ini penjara. Tebal jeriji yang mengurung minda. Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan. Sebarkan Cinta-Mu cuba menyebarkan kejernihannya. "
Senyum manusia itu hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.
Inilah novel yang cuba menguraikan makna senyuman seorang manusia bergelar anak, ibu, bapa, isteri dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.
Tuesday, November 8, 2011
'Beraya Di Perkampungan Orang Asli'
Takbir bergema di masjid kampusku. Aku dan sahabatku tidak pulang beraya di kampung. Cuti hanya seminggu. Inilah kali pertama aku dan sahabatku beraya di perantauan, kalau difikirkan tak la jauh mana Johor ni. Inilah pengalaman yang aku dapat berbeza dengan orang lain. Mungkin di luar sana tidak merasa apa yang aku rasakan sekarang.Dengan berboncengkan motosikal yang aku pinjam dengan seorang sahabat dari Terengganu, aku dan sahabatku diizinkan Allah untuk solat hari raya berjemaah di masjid.Alhamdulillah, nikmat yang Allah kurniakan buat kami.Kelihatan ramai pelajar asing lelaki yang tidak balik raya. Seusainya solat sunat hari raya, kami terus pulang ke kolej untuk bersiap-siap pergi ke program. Sebelum hari itu, seorang kakak telah mengajak kami untuk pergi program korban di sebuah perkampungan orang Islam asli yang terletak di Labu, Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh Sekretariat Pemuda Muda Malaysia.
Jam 2.30 petang, aku dan sahabat-sahabat dari Sabah menaiki bas untuk ke Labu, Negeri Sembilan. Banyak gambaran yang bermain di fikiranku bagaimana suasana di kampung tersebut. Adakah perlu berjalan kaki selama 3, 4, 5 jam untuk sampai ke kampung tersebut. Pelbagai persoalan yang bermain di mindaku, mana tak nya inilah kali pertama aku menyertai program bersama orang asli. Rasa teruja pun ada. Lebih kurang 3 jam lebih perjalanan kami ke Negeri Sembilan. Sesampainya di terminal bas kami pun lantas pergi ke stesen keretapi untuk ke destinasi seterusnya iaitu Labu. Tiba di stesen keretapi, seorang kakak dari Sabah telah kehilangan telefon bimbitnya ketika membeli tiket di kaunter. Ya Allah, sungguh besar ujianMu buat kakak ini. Tapi sebelum ini, kami didatangi oleh seorang pak cik yang bekerja di terminal bas mengingatkan kami supaya berhati-hati di surau, boleh jadi orang yang berada di surau tersebut mempunyai niat yang tidak baik untuk mencuri barang. Sebenarnya, Allah telah menghantar pak cik tersebut sebagai peringatan buat kami sepanjang perjalanan. Mungkin kami agak leka sehingga mengabaikan peringatan tersebut. Kami muhasabah balik akan kejadian yang telah berlaku itu. Perjalanan keretapi ke Labu mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Kira-kira waktu maghrib baru kami sampai ke stesen keretapi Labu. Dalam masa beberapa minit, beberapa orang sahabat telah menjemput kami dari stesen keretapi. Dalam keadaan gelap yang tidak berlampu sepanjang jalan, kami dibawa masuk ke kampung orang asli, Kampung Tekir, Labu. kelihatan beberapa ekor lembu dan kambing merayau-rayau mencari makanan di tepi jalan menyusuri kampung tersebut. Perjalanan ke Kampung Tekir mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Wah, sungguh berbeza tanggapanku sebelum ini terhadap kampung ini. Kuingat perlu berjalan kaki selama 3, 4, 5 jam rupanya tidak. Alhamdulillah, mungkin kawasan ini sudah dimajukan. Sungguh ada tadika lagi. Syukur2... Setelah sampai kami terus menunaikan Solat Jamak Takhir sebelum beramah mesra dengan penduduk di Kampung Tekir.
Keesokan harinya, kami bersiap-siap seawal mungkin untuk turut membantu sahabat menyiapkan persiapan memasak walaupun kami bukan di kalangan urusetia. Tapi, inilah kerja jamaie yang ada dalam suatu jemaah atau organisasi. Sudah jam 9 pagi, orang kampung belum lagi kelihatan. Jadi, kami mengambil inisiatif untuk pergi rumah ke rumah mengajak orang kampung untuk turut sama menghadiri aktiviti korban.
Dalam satu temubualku dengan seorang cikgu tadika, dia mengatakan hampir setiap bulan orang Kristian membuat program di kampung tersebut. Kalau difikirkan kita ini orang Islam berapa kali untuk menjenguk saudara kita di sana. Sebaiknya kita muhasabah diri. Peringatan untuk diri ini juga khasnya, kalau tak diizinkan Allah menjejak kaki di sini tidak juga aku tahu keperitan dan kesengsaraan mereka.
Tengaharinya, kelihatan ibu-ibu dan kakak-kakak membawa bersama anak mereka untuk turun membantu kami menyiapkan makan tengahari. Setelah siap memasak daging, aku dan sahabat lain membantu untuk mengagihkan daging-daging korban ke setiap rumah orang Islam.

Selesai mengagihkan daging korban kami pun menjamu selera bersama orang kampung. Rasa lapar dari pagi sudah terisi dengan daging sup. Alhamdulillah...Seronoknya beraya!!!
Sedapnyer bihun ni!!!... |
Alhamdulillah, program selesai jam 2.30 petang. Kami pun beransur pulang sebaik sahaja selesai makan kerana bergegas hendak balik secepat mungkin. Kepenatan tak terasa bila seronok berprogram. Aku berharap akan ada program sebegini pada masa akan datang untuk negeriku pula.
Friday, April 29, 2011
'I$TikH@r@H CiNt@'
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di Istikharah cinta..
Monday, April 18, 2011
"Musim Peperiksaan Kini Menjengah"
Tika aku menerima keputusan ujian 2 Sistem Digit, aku hanya mampu tersenyum..inilah hasil yang ku dapat atas usaha ku selama ini, aku hanya redha dengan apa yang berlaku, nak kata sedih pun tidak, tapi hanya lirikan senyum yang mampu ku ukir...Nak sedih ketika itu pun tiada gunanya, sebab salah sendiri...tika kertas ujian subjek lain pun aku semacam begitu...kenapa aku begitu?...
Firman Allah s.w.t. Surah Ali-Imran ayat 139;
"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman"...
"Aku perlu berubah!!!"..mulai saat ini..kadang-kadang motivasi ini hanya manis di bibir sahaja dan hanya bersemangat je tika itu..tapi selepas itu, entah ke mana hilangnya kata-kata motivasi itu....sehinggakan teman sekelas aku tak percaya yang aku dapat markah sebegitu, mane tak nye..masuk bilik aku je, tengok aku buka buku dan tatap laptop..'busy' semacam jer...hehe, sebenarnya, buka buku belum tentu faham apa yang dibaca tue..
Bagaimana Aku Hendak Menghadapinya???
Firman Allah s.w.t.m Surah Al- Baqarah ayat 45;
"Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
Kurasakan semester ini, banyak pengajaran yang aku dapat..dari pelajar lepasan diploma politeknik kepada pelajar ijazah sarjana muda IPTA..semestinya benda yang sama berlaku kepada mahasiswa/i di seluruh IPTA/IPTS...tapi itu dulu..jangan menoleh ke belakang lagi, ambil pengajaran daripada yang dulu, jadikan semangat serta lakukan perubahan pada masa akan datang...
Kini, semua kuliah sudah tidak ada lagi, tinggal pula pelajar sendiri untuk berdikari serta menelaah semula apa-apa yang dibelajar selama ini. Tak terkecuali diriku ini,... disebalik kegagalan yang aku dapat, sebenarnya Allah sedang mengatur perjalalan hidup hambaNya, syukur ya Allah...
Malam itu, aku mula mengatur 'diari hidupku' sepanjang minggu belajar ni, untuk tidak memberi tekanan pada diri, aku mula membuat kalendar peperikssanku, bila ia mula dan akhir serta subjek apa dahulu yang perlu aku buat persediaan...tengok2...
ISNIN | SELASA | RABU | KHAMIS | JUMAAT | SABTU | |
17/4 | 18/4 | 19/4 | 20/4 | 21/4 | 22/4 | 23/4 |
24/4 | 25/4 (MATHS) | 26/4 (KENEGARAAN) | 27/4 | 28/4 | 29/4 (BHSA ARAB) | 30/4 |
1/5 | 2/5 | 3/5 | 4/5 | 5/5 | 6/5 | 7/5 |
8/5 | 9/5 (ELECTRIC NETWORK ANALISIS) | 10/5 (DIGITAL ELECTRONICS) | 11/5 | 12/5 (ELECTRONIS DEVICE) | 13/5 | 14/5 |
ALHAMDULILLAH...Allah telah aturkan yang terbaik untukku...Syukur Ya Allah, masih ada masa untuk aku berusaha lebih tekun lagi. Kini, 'study smart' jadi strategiku...dan redha Allah kupinta... sebelum memulakan ulangkaji pohonlah doa kepda Allah, "Ya Allah, berilah aku kecerdasan minda untukku memahami apa yang kubelajar, "Ya Allah, berilah aku kecergasan otak untuk mengingati apa yang kuhafal, "Ya Allah, berilah kefahaman atas apa yang kubelajar dan kuhafal ini..kerana yang memberi faham itu selayaknya Engkau Ya Allah...
sentiasalah berdoa kepada-Nya..
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)
(surah Al-Baqarah:186)
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)
(surah An-Nahl:19)
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)
(surah At-Taubah:129)
insya-Allah, akan kulakukan semampunya untuk menghadapinya dan buat sebaik-baiknya...
sekadar perkongsian...
Tuesday, March 8, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)