Jam 2.30 petang, aku dan sahabat-sahabat dari Sabah menaiki bas untuk ke Labu, Negeri Sembilan. Banyak gambaran yang bermain di fikiranku bagaimana suasana di kampung tersebut. Adakah perlu berjalan kaki selama 3, 4, 5 jam untuk sampai ke kampung tersebut. Pelbagai persoalan yang bermain di mindaku, mana tak nya inilah kali pertama aku menyertai program bersama orang asli. Rasa teruja pun ada. Lebih kurang 3 jam lebih perjalanan kami ke Negeri Sembilan. Sesampainya di terminal bas kami pun lantas pergi ke stesen keretapi untuk ke destinasi seterusnya iaitu Labu. Tiba di stesen keretapi, seorang kakak dari Sabah telah kehilangan telefon bimbitnya ketika membeli tiket di kaunter. Ya Allah, sungguh besar ujianMu buat kakak ini. Tapi sebelum ini, kami didatangi oleh seorang pak cik yang bekerja di terminal bas mengingatkan kami supaya berhati-hati di surau, boleh jadi orang yang berada di surau tersebut mempunyai niat yang tidak baik untuk mencuri barang. Sebenarnya, Allah telah menghantar pak cik tersebut sebagai peringatan buat kami sepanjang perjalanan. Mungkin kami agak leka sehingga mengabaikan peringatan tersebut. Kami muhasabah balik akan kejadian yang telah berlaku itu. Perjalanan keretapi ke Labu mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Kira-kira waktu maghrib baru kami sampai ke stesen keretapi Labu. Dalam masa beberapa minit, beberapa orang sahabat telah menjemput kami dari stesen keretapi. Dalam keadaan gelap yang tidak berlampu sepanjang jalan, kami dibawa masuk ke kampung orang asli, Kampung Tekir, Labu. kelihatan beberapa ekor lembu dan kambing merayau-rayau mencari makanan di tepi jalan menyusuri kampung tersebut. Perjalanan ke Kampung Tekir mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Wah, sungguh berbeza tanggapanku sebelum ini terhadap kampung ini. Kuingat perlu berjalan kaki selama 3, 4, 5 jam rupanya tidak. Alhamdulillah, mungkin kawasan ini sudah dimajukan. Sungguh ada tadika lagi. Syukur2... Setelah sampai kami terus menunaikan Solat Jamak Takhir sebelum beramah mesra dengan penduduk di Kampung Tekir.
Keesokan harinya, kami bersiap-siap seawal mungkin untuk turut membantu sahabat menyiapkan persiapan memasak walaupun kami bukan di kalangan urusetia. Tapi, inilah kerja jamaie yang ada dalam suatu jemaah atau organisasi. Sudah jam 9 pagi, orang kampung belum lagi kelihatan. Jadi, kami mengambil inisiatif untuk pergi rumah ke rumah mengajak orang kampung untuk turut sama menghadiri aktiviti korban.
Dalam satu temubualku dengan seorang cikgu tadika, dia mengatakan hampir setiap bulan orang Kristian membuat program di kampung tersebut. Kalau difikirkan kita ini orang Islam berapa kali untuk menjenguk saudara kita di sana. Sebaiknya kita muhasabah diri. Peringatan untuk diri ini juga khasnya, kalau tak diizinkan Allah menjejak kaki di sini tidak juga aku tahu keperitan dan kesengsaraan mereka.
Selesai mengagihkan daging korban kami pun menjamu selera bersama orang kampung. Rasa lapar dari pagi sudah terisi dengan daging sup. Alhamdulillah...Seronoknya beraya!!!
Sedapnyer bihun ni!!!... |
Alhamdulillah, program selesai jam 2.30 petang. Kami pun beransur pulang sebaik sahaja selesai makan kerana bergegas hendak balik secepat mungkin. Kepenatan tak terasa bila seronok berprogram. Aku berharap akan ada program sebegini pada masa akan datang untuk negeriku pula.
No comments:
Post a Comment